Pages

5.9.09

UNIT7

NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT              A 1002 / Unit7/ halaman 1

UNIT 7


NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

OBJEKTIF AM

Memahami nilai-nilai moral masyarakat Malaysia dan sejagat

 

 

 

7

Unit

 

 

 

OBJEKTIF KHUSUS

 

 

 

Di akhir unit ini anda dapat :

 

  • menerangkan ciri-ciri masyarakat harmoni
  • menjelaskan adat istiadat dan kebiasaan masyarakat Malaysia
  • membuat perbezaan di antara budaya barat dan budaya timur
  • menghuraikan tanggungjawab individu terhadap masyarakat majmuk

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

INPUT

 

 

 

 

 

 

 

    1. CIRI-CIRI MASYARAKAT HARMONI

Masyarakat harmoni adalah sebuah masyarakat yang aman damai, sejahtera dan bahagia. Keharmonian masyarakat ini dapat dicapai melalui kerjasama semua pihak iaitu di antara semua jenis kaum tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama. Melalui ciri-ciri di bawah inilah sebuah masyarakat harmoni akan terlaksana iaitu :

 

  1. Masyarakat yang bersih lahir dan batin
  2. Masyarakat yang sihat badan, akal fikiran dan jiwa
  3. Masyarakat yang berkasih sayang
  4. Masyarakat yang bersatu padu dan bersaudara
  5. Masyarakat yang bantu membantu
  6. Masyarakat yang aman damai
  7. Masyarakat yang terpelihara keturunan
  8. Masyarakat pendamai
  9. Masyarakat yang taat kepada Tuhan dan pemimpin
  10. Masyarakat yang rajin berjuang, berkorban, berusaha dan berziarah
  11. Masyarakat yang bermuafakat
  12. Masyarakat yang belas kasihan
  13. Masyarakat yang mengasihi orang tua
  14. masyarakat yang menghormati tetamu dan jiran tetangga
  15. Masyarakat yang kaya dapat dirasai bersama yang miskin
  16. Harta tidak dimonopoli oleh seorang atau golongan tertentu
  17. Yang miskin tidak mendatangkan masalah
  18. Yang kaya menyelesaikan masalah
  19. Masyarakat yang berilmu
  20. Masyarakat yang pemurah
  21. Masyarakat yang bertolak ansur
  22. Masyarakat yang maju dan bertamadun
  23. Masyarakat yang berdisiplin
  24. Masyarakat yang bersopan santun dan berakhlak mulia
  25. masyarakat yang bersederhana dalam segala perkara
  26. Masyarakat yang selalu mengutamakan kemaslahatan orang lain

                                                                

 

 

7.2   ADAT ISTIADAT DAN KEBIASAAN MASYARAKAT MALAYSIA

 

 

Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek kehidupan bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kepada kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.

 

Negara Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum. Ia terdiri daripada kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan kaum-kaum lain atau dikenali sebagai bumiputera. Masyarakat-masyarakat di negara kita dapat hidup dengan aman, damai dan harmoni, ini adalah disebabkan masyarakat kita saling memahami dan juga saling menghormati adat resam dan kebudayaan antara satu sama lain. Keadaan ini amat dipuji oleh negara-negara luar serta kagum dengan negara kita kerana kaum-kaum negara kita dapat bersatu padu walaupun terdiri daripada kaum-kaum yang berlainan.

 

Adat istiadat dan kebiasaan masyarakat Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu :

  1. Adat masyarakat Melayu
  2. Adat masyarakat Cina
  3. Adat masyarakat India

 

 

 

 

 

7.2.1 ADAT MASYARAKAT MELAYU

 

Adat masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi oleh budaya Hindu yang  disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam. Adat ini dapat dilihat pada tiga aspek kehidupan utama iaitu pada kelahiran, perkahwinan dan sehinggalah kepada kematian.

 

1. Kelahiran

 

Zuriat adalah anugerah Tuhan yang tidak ada tara nilainya. Bagi masyarakat Melayu yang kebanyakannya beragama Islam mempercayai setiap anak yang dilahirkan itu sudah ditetapkan rezekinya oleh tuhan, oleh itu setiap kelahiran perlulah disyukuri. Proses kelahiran ini meliputi beberapa peringkat sebelum kelahiran seperti waktu mengandung, bersalin dan selepas bersalin.

 

Di antara adat-adat yang masih kuat diamalkan oleh masyarakat Melayu pada peringkat kelahiran ialah :

 

 

 

Adat melenggang perut

Dilakukan ketika kandungan anak sulung berusia lingkungan tujuh atau lapan bulan oleh bidan bertujuan untuk membuang geruh, kecelakaan dan membetulkan kedudukan bayi. Namun begitu adat ini sebenarnya bertentangan dengan agama Islam dan dikira sebagai khurafat.

 

 

Adat berpantang

Dilaksanakan selepas bersalin selama 44 hari.

Antara pantangnya dilarang makan sebarang makanan mengikut kehendaknya seperti udang, kerang, ketam dan lain-lain kerana menyebabkan gatal atau berbuat kerja yang memerlukan banyak pergerakan

Adat bertungku

Dipercayai dapat membantu perut wanita yang bersalin kembali normal dan tegang.

 


 

 

 

 

 

 

 

2. Perkahwinan

 

i dalam masyarakat Melayu adat resam perkahwinan mempunyai beberapa peringkat penting iaitu :

 

 

Adat merisik

Lazimnya adat merisik ini dijalankan oleh saudara mara terdekat bagi pihak lelaki seperti ibu atau bapa. Ia bertujuan memastikan gadis yang dihajati itu belum atau sudah berpunya dan untuk menyelidik latar belakang gadis tersebut.

 

Adat meminang

Urusan peminangan ini dilakukan oleh kaum keluarga terdekat bagi pihak lelaki. Ia bertujuan menetapkan tarikh, masa dan hari yang sesuai untuk bertunang malahan termasuk hantaran dan jumlah rombongan untuk upacara bertunang.

Adat bertunang

Upacara ini dimulakan dengan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Adat ini bertujuan untuk berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan hal-hal lain yang berkaitan.

 

 

Akad nikah

Upacara ini dilakukan selepas dilaksanakan segala perjanjian seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan hantaran lain. Upacara ini adalah kemuncak kesahihan pada perkahwinan. Ia biasanya dilakukan di masjid sehari sebelum majlis kenduri kahwin dijalankan.

Majlis perkahwinan

Majlis ini merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari itulah pengantin digelar raja sehari. Ia dilakukan di rumah pengantin perempuan dengan mengadakan kenduri secara meriah mengikut kemampuan mereka. Majlis ini bertujuan untuk menyatakan kesyukuran kepada tuhan dan perkhabaran gembira kepada masyarakat.

 

 

Adat menyambut menantu

Biasanya dilakukan seminggu selepas majlis perkahwinan. Adat ini diadakan di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin perempuan. Ia bertujuan untuk menyatakan kegembiraan dengan kedatangan menantu ke rumah mereka.

 

 

  1. Kematian

 

Dalam masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, kewajipan menguruskan mayat saudara sesama Islam adalah fardhu kifayah.

 

Adat menguruskan kematian ini dikategorikan seperti berikut :

 

 

 

Semasa kematian

Dilakukan dengan cara meletakkan mayat tersebut di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke qiblat dan kedua-dua tangannya diqiamkan di atas dada.Di hadapan mayat itu diletakkan sebuah tempat bara untuk membakar kemenyan. Orang yang datang berziarah akan menyedekahkan ayat-ayat Al Quran kepada si mati dan sebarang jamuan tidak dibenarkan.

 

 

Memandikan mayat

Mayat ini dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib, cermat dan bersopan. Mayat perempuan dimandikan oleh tukang mandi perempuan dan begitulah sebaliknya. Sebaik-baiknya mandian ini dilaksanakan oleh orang yang terdekat dengan si mati.

 

Mengkafankan mayat

Dilakukan dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih. Jenazah lelaki dibalut dengan 3 lapisan kain manakala jenazah perempuan dibalut dengan 5 lapisan kain berserta telekung. Ketika ini ahli keluarga terdekat dan muhramnya boleh membuat penghormatan terakhir dengan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis kepada tubuh mayat.

Menyembahyangkan mayat

Ia dilakukan di dalam masjid dengan meletakkan jenazah di hadapan imam dan para jemaah. Kemudian disembahyangkan dengan cara berjamaah.

 

 

Pengkebumian

Dilakukan dengan cara membawa masuk jenazah kedalam lubang kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta membuka ikatan di kepala. Kepala mayat disendal dengan tanah yang dikepal dan selepas diazankan ditelinganya, barulah keranda itu ditutup dan tanah ditimbus diatasnya. Dua batang nisan tertulis nama, tarikh lahir dan tarikh kematian dicacakkan di atas kubur sebagai tanda. Akhirnya upacara talkin akan dijalankan oleh Imam dan selepas itu air disiram di atas kubur dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki dan bunga rampai ditaburkan.

 

Selepas kematian

Mengadakan kenduri arwah dan doa selamat oleh keluarga si mati bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh.

 

 

 

 

 

 

7.2.2 ADAT MASYARAKAT CINA

 

Masyarakat Cina mempunyai adat resam dan pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib.

Di dalam menerangkan adat resam masyarakat Cina ini tidak terlepas daripada melihat kepada 3 kategori utama iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian.

 

  1. Kelahiran

 

Pelbagai adat resam masyarakat Cina di dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, kelahiran dan selepas kelahiran.

 

Di antara adat resam masyarakat Cina yang masih diamalkan ialah :

 

 

 

Sewaktu mengandung

Wanita ini sentiasa diberi kawalan ketat di dalam setiap tindak tanduk dan kegiatan seharian mereka. Ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita tersebut dan mereka sangat mementingkan anak lelaki kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Ketika ini juga mereka suka melihat bentuk perut kandungan mereka kerana pada anggapan adat mereka bentuk bulat adalah perempuan dan bentuk tajam adalah lelaki.

 

 

Berpantang

Adat ini berlaku selepas melahirkan anak selama 40 hari. Wanita tersebut tidak dibenarkan mandi air sejuk dan pusat bayi diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya kerana dibimbangi masuk angin. Masakan pedas dan panas akan diberikan kepada wanita ini untuk mengeluarkan angin di badan dan menguatkan tenaga semula.

 

Kenduri

Dilakukan ketika bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning diberikan pada sanak saudara dan akan dibalas dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu.

 

Pantang larang

Tidak dibenarkan memaku kerana khuatir bayi akan jadi cacat

Dilarang memukul binatang kerana kuatir terkena badi

Dilarang menamakan bayi sebelum lahir kerana khuatir akan kecewa

Dilarang menggosok perut selalu kerana khuatir bayi jadi manja

Dilarang makan makanan tajam kerana khuatir janin akan jadi besar dan susah hendak bersalin

 

 

 

 

 

 

  1. Perkahwinan

 

 

 

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam hidup mereka. Oleh itu sesuatu perkahwinan dirancang dan diatur dengan sebaik-baiknya.

Pada asasnya adat resam perkahwinan masyarakat Cina merangkumi beberapa peringkat iaitu ;

 

 

 

 

Merisik

Adat ini dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Mereka terlalu mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkahlaku si gadis. Biasanya masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan di restoran dengan disertai oleh saudara lain. Skop perbincangan adalah berkisarkan tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.

 

 

Meminang

Dilakukan dengan memilih seorang wakil untuk berkunjung ke rumah gadis bagi membincangkan perkahwinan. Kemudian ibu pengantin perempuan akan berbincang dengan wakil pengantin lelaki berkenaan  jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Setelah sama-sama bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunagn dijalankan.

 

 

Bertunang

Dilakukan berdasarkan kalendar cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua-dua pasangan tersebut berpandukan kepada buku Toong-Su. Ketika ini pertukaran cincin dilakukan dengan menyarung cincin ke jari manis kiri pasangan tersebut. Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberikan semasa upacara bertukar cincin. Biasanya hantaran adalah berbentuk seperti cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai.

 

 

Majlis perkahwinan

Ia dilangsungkan setelah setahun bertunang atau pada tempoh yang dipersetujui. Pakaian pengantin biasanya diperbuat daripada kain sutera dan disulam dengan benang emas dan sebaik-baiknya pakaian tersebut berwarna putih, merah atau kuning. Seterusnya pasangan tersebut akan bersanding di atas pelamin.

 

Jamuan makan

Ia adalah kemuncak upacara perkahwinan yang dilakukan pada sebelah malam. Jamuan ini dibuat secara besar-besaran. Tetamu yang datang akan membawa ang pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Akhir sekali pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi sebagai bukti perkahwinan.

 

 

 

 

 

 

 

  1. Kematian

 

 

Masyarakat Cina sangat berpegang teguh dengan adat resam yang berkaitan dengan kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri.

 

Adat resam berkaitan kematian ialah :

 

 

 

Semasa kematian

Ketika ini, ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai dikehendaki menangis dan meratapi pemergian si mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan jirat. Tangisan itu juga perlu diselitkan dengan kata-kata pujian kepada si mati.

 

Memandikan mayat

Mayat akan dibersihkan dan dimandikan. Kemudian si mati akan disapu dengan minyak wangi dan disolek dengan tujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di akhirat. Ia dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan biasanya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan.

 

 

Pengkebumian

Si mati akan dimasukkan ke liang lahad yang digali besar supaya dapat dimuatkan bersama dengan pelbagai jenis harta milik si mati.Bagi masyarakat ini juga kawasan jirat yang strategik amat perlu kerana menjadi lambang kebahagiaan kepada si mati seperti di kawasan tanah tinggi dan berhampiran jalan raya. Jirat akan dihias dengan cantik sebagai lambang kemewahan dan ini bermakna si mati layak mendapat kemewahan selepas mati seperti ketika hidup.

 

Selepas kematian

Ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai beberapa hari sehinggalah hari berkabung tamat. Namun bagi isteri atau suami  si mati akan memakai pakaian berkabung lebih lama daripada ahli keluarganya.

 

 

 

7.2.3 ADAT MASYARAKAT INDIA

 

Masyarakat India merupakan etnik yang ketiga terbesar di Malaysia selepas dari masyarakat Melayu dan Cina. Ia merupakan salah satu kaum yang turut serta menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Masyarakat ini juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu.

 

Di dalam menerangkan adat resam masyarakat India ini tidak terlepas daripada melihat kepada 3 kategori utama iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian.

 

  1. Kelahiran

 

Pelbagai adat resam masyarakat India di dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, kelahiran dan selepas kelahiran.

 

 

 

Di antara adat resam masyarakat India yang masih diamalkan ialah :

 

 

 

 

Semasa mengandung

Adat ‘Valaikaapu’ adalah adat yang dilakukan ketika kandungan menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang diperbuat sama ada dari gelang kaca, panca logam atau emas. Upacara ini diadakan di rumah suami atau ibu bapa pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Setelah kelahiran anak, gelang tersebut akan dileburkan dan dibuat perhiasan bagi bayi untuk dipakaikan pada hari pemberian nama.

 

 

Semasa kelahiran

Ketika ini sami akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mentera tuhan Hindu di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Kemudian ia akan dicatat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa. Bayi ini juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Minyak ‘savvennai’ (campuran minyak bijan, lenga dan mambu) juga kadangkala digunakan untuk memberi kecantikan dan menghindarkan penyakit.

 

 

 

Selepas kelahiran

  • Membawa bayi pulang ke rumah pada hari ganjil iaitu ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya.
  • Mandi selepas bersalin iaitu selang sehari selepas bersalin. Ia menggunakan beberapa herba dan dedaun kemudian dididihkan bersama air. Rambut ibu dikeringkan dengan asap kemenyan untuk mengelakkan sakit kepala, selsema dan untuk menyegarkan tubuh. Bayi pula dimandikan pada sebelah petang.
  • Mendodoi bayi iaitu dimulakan dengan ucapan atau cerita nasihat dengan tujuan supaya bayi menjadi seorang yang berguna.
  • Memberi nama ketika bayi berusia 16 hari. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian. Nama-nama yang dipilih berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi.

 

 

 

 

 

 

  1. Perkahwinan

 

 

Adat resam perkahwinan di dalam masyarakat ini merangkumi beberapa aspek iaitu :

 

 

 

Merisik

Adat ini bertujuan untuk melihat beberapa aspek seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama malahan turut dilihat kepada faktor lain seperti status ekonomi dan sosial yang merangkumi umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga.Biasanya adat ini digunakan orang tengah untuk menjalankannya,

 

 

Melihat bakal isteri

Dilakukan selepas merisik. Bakal pengantin lelaki akan pergi ke rumah bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah yang ganjil. Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa sebagai tanda niat yang baik dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

 

 

Upacara perkahwinan

Upacara ini dimulakan dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama 3 hari sebelum hari perkahwinan. Seterusnya upacara ini dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia. Pedanda akan menaburkan sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kemudian kedua mempelai memberi hormat kepada ibubapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Selepas Upacara perkahwinan

-Pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami, kemudian pengantin lelaki pula pergi ke rumah pengantin perempuan selama 3 hari.

- Pada hari ketiga ayam akan disembelih sebagai tanda tamatnya upacara perkahwinan

- Jamuan perkahwinan diadakan selepas upacara perkahwinan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu dan sekiranya diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan kecuali daging.

 

 

 

  1. Kematian

 

Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula selepas kematian ibarat tidur dan mereka akan bangun semula selepas tidur.

 

Adat resam yang menyentuh berkaitan kematian ialah :

 

 

Semasa kematian

Ketika ini mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasapkan sebagai simbul ketenangan jiwa si mati.

 

Memandikan mayat

Dilakukan oleh kaum lelaki yang ada hubungan kekeluargaan. Mereka akan membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau lain-lain kecuali air paip. Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut dan digunakan untuk memandikan mayat. Mayat dimandikan oleh orang yang telah berumur. Minyak dan araippu digunakan untuk menyapu kepala sebagai mandian terakhir. Setelah itu, mayat dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.

 

 

Upacara menanggalkan thaali

Dilakukan dengan cara seorang isteri duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan bunga tersebut akan dikalungkan pada si mati pula. Seterusnya seorang wanita yang sudah berumur dan ada hubungan kekeluargaan dengan si mati akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu tersebut sebanyak tiga kali. Akhirnya balu tersebut akan meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu. Ini bertujuan seolah-olah si suami membuang thaali dari leher balu tersebut.

 

 

Pengkebumian

Dilakukan dengan cara menggerakkan keranda beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad. Kemudian keranda diletakkan bersebelahan kubur yang digali atau diletakkan di atas kayu api untuk dibakar. Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat dan diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. Setelah itu upacara sembahyang dilakukan. Semua yang hadir ketika pengkebumian dikehendaki pergi ke rumah si mati untuk upacara penyempurnaan adat pengkebumian.

 

 

Selepas pengkebumian

  • Membersihkan rumah setelah mayat dibawa ke kubur
  • Mengumpul abu mayat keesokan harinya. Sebelum itu susu disiram pada abu mayat untuk menyejukkan bara api. Abu bahagian kepala dimasukkan ke dalam sebuah periuk manakala abu yang lain di masukkan ke dalam periuk yang berlainan. Abu-abu itu akan disembahyangkan. Kemudian abu mayat itu ditanam atau di masukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan ke laut.
  • Berkabung dalam tempoh 8 atau 16 hari selepas kematian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Adat manusia ni unik –unik juga yee.. Kami orang burung tak ada adat pun !

 

 

 

 

 

 

 

 



AKTIVITI 7A

 

 

 

1.  Masyarakat harmoni adalah sebuah masyarakat yang sentiasa hidup dalam keadaan bersatu padu dan aman sentosa.

Berikan 5 ciri-ciri yang boleh menjadikan sebuah masyarakat itu dalam keadaan harmoni.

 

 

2. Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan kaya dengan pelbagai adat resam.

Cuba anda terangkan adat resam  ketika kelahiran yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.

 

 

3.  Masyarakat Cina dan India mempunyai adat resam yang masing-masing mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Bezakan tiga sahaja dari adat-adat yang diamalkan oleh masyarakat Cina dan India pada aspek perkahwinan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

           MAKLUMBALAS 7A

 

1. Ciri-ciri masyarakat harmoni :

  1. Masyarakat yang bersih lahir dan batin
  2. Masyarakat yang sihat badan, akal fikiran dan jiwa
  3. Masyarakat yang berkasih sayang
  4. Masyarakat yang bersatu padu dan bersaudara
  5. Masyarakat yang bantu membantu

2. Diantara adat-adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada peringkat kelahiran ialah :

 

Adat melenggang perut

Dilakukan ketika kandungan anak sulung berusia lingkungan tujuh atau lapan bulan oleh bidan bertujuan untuk membuang geruh, kecelakaan dan membetulkan kedudukan bayi

Adat berpantang

Dilaksanakan selepas bersalin selama 44 hari.

Antara pantangnya dilarang makan sebarang makanan mengikut kehendaknya seperti udang,kerang, ketam dan lain-lain kerana menyebabkan gatal atau berbuat kerja yang memerlukan banyak pergerakan

Adat bertungku

Dipercayai dapat membantu perut wanita yang bersalin kembali normal dan tegang.

 

3.

 

ADAT MASYARAKAT CINA

ADAT MASYARAKAT INDIA

Merisik

Adat ini dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Mereka terlalu mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkahlaku si gadis. Biasanya masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan di restoran dengan disertai oleh saudara lain. Skop perbincangan adalah berkisarkan tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.

Meminang

Dilakukan dengan memilih seorang wakil untuk berkunjung ke rumah gadis bagi membincangkan perkahwinan. Kemudian ibu pengantin perempuan akan berbincang dengan wakil pengantin lelaki berkenaan  jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Setelah sama-sama bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunagn dijalankan.

 

Majlis perkahwinan

Ia dilangsungkan setelah setahun bertunang atau pada tempoh yang dipersetujui. Pakaian pengantin biasanya diperbuat daripada kain sutera dan disulam dengan benang emas dan sebaik-baiknya pakaian tersebut berwarna putih, merah atau kuning. Seterusnya pasangan tersebut akan bersanding di atas pelamin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jamuan makan

Ia adalah kemuncak upacara perkahwinan yang dilakukan pada sebelah malam. Jamuan ini dibuat secara besar-besaran. Tetamu yang datang akan membawa ang pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Akhir sekali pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi sebagai bukti perkahwinan.

Merisik

Adat ini bertujuan untuk melihat beberapa aspek seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama malahan turut dilihat kepada faktor lain seperti status ekonomi dan sosial yang merangkumi umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga.Biasanya adat ini digunakan orang tengah untuk menjalankannya,

 

Melihat bakal isteri

Dilakukan selepas merisik. Bakal pengantin lelaki akan pergi ke rumah bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah yang ganjil. Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa sebagai tanda niat yang baik dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Upacara perkahwinan

Upacara ini dimulakan dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama 3 hari sebelum hari perkahwinan. Seterusnya upacara ini dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia. Pedanda akan menaburkan sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kemudian kedua mempelai memberi hormat kepada ibubapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Selepas Upacara perkahwinan

-Pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami, kemudian pengantin lelaki pula pergi ke rumah pengantin perempuan selama 3 hari.

- Pada hari ketiga ayam akan disembelih sebagai tanda tamatnya upacara perkahwinan

- Jamuan perkahwinan diadakan selepas upacara perkahwinan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu dan sekiranya diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan kecuali daging.

 

 

 

 

 



INPUT

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7.3 PERBEZAAN BUDAYA BARAT DAN TIMUR

 

 

7.3.1. POLITIK

 

a. Kuasa penjajah

 

Barat sentiasa menganggap diri mereka sebagai kuasa penjajah, walaupun sebahagian besar negara di dunia ini sudah pun merdeka. Ini disebabkan oleh mereka mempunyai pengalaman masa lalu  sebagai kuasa penjajah, penakluk negara-negara lain seperti negeri China, Indochina, Filipina, Indonesia, India, Benua Afrika, Negeri negeri di Asia barat yang menjajah sebahagian besar  negara negara didunia ini. Di antara kuasa-kuasa besar dunia barat yang di anggap sebagai penjajah adalah seperti berikut :

 

  1. Portugis
  2. Belanda
  3. Perancis
  4. Britain
  5. Amerika Syarikat

 

b. Kuasa besar

 

Orang barat cenderung menubuhkan  pakatan tentera bagi menjaga survivor mereka dari diganggu oleh kuasa lain maka lahirlah pakatan tentera mereka yang dinamakan pakatan NATO. Disamping itu hanya di kalangan mereka  sahaja yang boleh memajukan senjata merbahaya seperti kuasa nuklear, kimia dan sebagainya. Di dalam masa yang sama mana-mana negara timur seperti India, Pakistan, Iraq dan Korea Utara tidak dibenarkan untuk memajukan reaktor nuklear masing-masing, kalau dibenarkan hanyalah dalam lengkungan tertentu dan tidak boleh melebihi apa yang ada pada mereka. Oleh sebab itulah mereka telah mengambil keputusan menyerang Iraq dengan alasan Iraq mempunyai senjata merbahaya, bagitu juga dengan Korea Utara yang sedang berkonfrantasi dengan kuasa-kuasa barat.

 

 

c. Campur tangan dalam negara-negara kecil.

 

Kuasa-kuasa besar barat cenderung untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran  negara-negara kecil. Pemimpin-pemimpin negara kecil dipaksa mengikut rentak  dan tunduk kepada kemahuan mereka berkaitan soal-soal dasar negara, ekonomi mahupun sosial.

Mana-mana pemimpin yang tidak mahu tunduk, mereka akan menggunakan secara halus atau kasar menekan mana-mana negara supaya tunduk kepada mereka, mereka akan gunakan Pertubuhan bangsa –bangsa bersatu (PBB) samada mengenakan sekatan ekonomi sebagaimana yang telah dikenakan keatas negara Iraq dan seterusnya serangan ketenteraan walaupun tidak mendapat restu daripada PBB.

 

 

7.3.2. EKONOMI

 

  1. Kebanyakan negeri-negeri kuasa besar mempunyai kuasa ekonomi yang kukuh. Mereka juga mempunyai pakar dalam pelbagai bidang ekonomi. Mereka memonopoli dan menguasai industri-industri dan mengeksploitasi bahan-bahan mentah di dunia. Mereka membeli bahan-bahan mentah dengan harga yang rendah dan menjual pula hasil pengeluaran industri mereka dengan harga yang sangat mahal.
  2. Dari segi sejarahnya mereka mengaut hasil-hasil peribumi dan membawanya kenegara mereka dan mereka menjadi kaya seterusnya menjadi kuasa ekonomi dunia.
  3. Negara maju seperti Amerika Syarikat telah mengenakan dan menekan negara Jepun supaya menggunakan lebih banyak komponen kereta Amerika dalam pengeluaran kereta Jepun jika Jepun mahu mengeksport keretanya ke Amerika Syarikat. Kalau tidak Amerika akan mengenakan tarif yang lebih tinggi terhadap ekspot kereta ke Amerika bagi mengimbangi perdagangan Amerika dengan Jepun yang sangat menguntungkan Jepun.

 

 

7.3.3. SOSIAL

 

  1. Bahasa

 

Orang barat kebanyakannya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar mereka disamping bahasa-bahasa lain seperti Perancis, Belanda, Portugal, German dan lain-lain. Di timur bahasa yang digunakan berbeza dengan bahasa yang digunakan di barat seperti Bahasa China, Jepun, Korea, Indonesia, Melayu, India dan sebagainya.

 

 

 

 

  1. Gaya pertuturan.

 

Gaya pertuturan mereka lebih kasar jika dibandingkan dengan orang-orang timur yang menggunakan bahasa yang lembut dan lebih beradab.

 

  1. Pakaian

 

Kebanyakan orang-orang barat memakai pakaian yang kebanyakannya mendedahkan aurat dan menjolok mata. Contohnya seperti skirt, gaun pendek, pakaian yang mendedahkan bahagian dada, belakang dan sebagainya. Sedangkan pakaian orang–orang di timur lebih sopan dan beradab seperti baju kurung, kebaya labuh bagi orang Melayu, dhoti dan sari bagi orang-orang India, cheong-sam bagi orang Cina, kimono bagi orang Jepun.

 

  1. Makanan

 

Orang barat dan orang timur mereka memakan makanan yang berbeza. Bagi orang barat mereka makan makanan yang berasaskan gandum dan daging sedangkan orang-orang timur makan makanan yang berasaskan beras, bijirin jagung , sagu dan sebagainya.

 

  1. Cara hidup

 

i. Pengunaan Teknologi.

 

Kebanyakan orang barat mengamalkan cara hidup yang lebih moden, mereka menggunakan alat-alat yang dianggap lebih maju dari gaya hidup di timur seperti penggunaan kereta mewah, kereta berenjin sebagai pengangkutan mereka, begitu juga dalam bidang pertanian mereka menggunakan alat-alat pertanian yang lebih moden, oleh itu mereka dapat menanam tanaman mereka di ladang-ladang yang lebih luas seterusnya dapat mengeluarkan hasil-hasil mereka yang lebih banyak bukan sahaja untuk penggunaan dalam negeri tapi sebaliknya untuk di eksport keluar negara.

 

ii. Cara berfikir

 

Setelah negara barat maju hasil dari pendidikan yang telah mereka dapati dari perkembangan Tamaddun Islam yang telah berkembang baik di universiti di Kordova, Sepanyol dan seterusnya berkembang ke seluruh Eropah .Hasilnya orang-orang barat lebih berfikiran terbuka dan tidak terikat dengan peraturan-peraturan gereja yang mengikat mereka dari memikirkan perkara-perkara baru.Oleh itu setelah berlakunya Revolusi Industri kebanyakan orang barat lebih mengamalkan pemikiran bebas dan seterusnya lahir pula aliran pemikiran Sekular iaitu aliran yang memisahkan kehidupan seharian dengan urusan agama yang mereka anuti iaitu agama Kristian.

 

 

 

 

iii. Ajaran agama

 

Orang-orang di timur masih kuat mengamal dan terikat dengan  ajaran dan peraturan agama seperti orang-orang beragama Islam di merata tempat di negara-negara timur, orang-orang India yang menganut agama Hindu, orang Cina yang mengamalkan ajaran agama Buddha, orang Jepun yang berpegang kepada agama shinto  dan sebagainya.

 

iv. Keutamaan  diberikan kepada wanita

 

Dalam situasi kehidupan seharian orang barat memberikan keutamaan kepada wanita,ini dapat kita lihat dalam ucapan-ucapan dalam majlis rasmi seperti  “Ladies and Gentlemen’

sedangkan di timur keutamaan sedemikian diberikan kepada kaum lelaki yang dianggap sebagai ketua dalam keluarga.

 

v. Perbezaan Iklim

                                                                                                                                                                                                                 Perbezaan iklim cuaca di barat yang mempunyai 4 musim iaitu musim panas,musim sejuk, musim luruh dan musim bunga sedangkan di timur mempunyai 2 musim sahaja iaitu  musim panas dan musim hujan. Keadaan cuaca dan iklim membawa pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan di barat di mana kita dapati orang-orang barat lebih besar dari orang-orang timur.

 

vi. Penyelewengan Fakta

 

Orang barat mempunyai sikap untuk memalsukan fakta-fakta tertentu supaya menepati kepentingan –kepentingan mereka samada dari segi  phisikologi,maklumat-maklumat sejarah ,teknologi terkini dan seumpamanya.Ini dapat kita lihat orang barat melukis peta dunia, kita orang timur merasakan negara mereka lebih besar dari negara –negara di timur.Maklumat maklumat sejarah mereka cenderung merubah nama –nama orang timur seakan –akan nama orang barat dengan harapan akhirnya orang-orang yang datang  kemudian menganggap maklumat itu sebagai benar datangnya dari orang-orang barat.Contoh nya  pakar dalam bidang matematik  Al Razi disebutnya Razes,Ibnu Sina seorang pakar dalam bidang perubatan disebutnya Avencena,Ibnu Rushd seorang pakar dalam bidang astronomi disebutnya Averushd .

 

 

Pening.. pening ! Ikut orang barat boleh jadi otak berkarat.

 

Bahagia, bahagia.. pasal apa aku tak  leh bahagia haa..

7.4 CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA

 

Setiap insan inginkan keluarga yang bahagia. Keluarga bahagia ialah keluarga yang dapat menghidupkan keharmonian dan kesejahteraan di dalam rumah tangga. Untuk itu keluarga bahagia perlulah mencapai ciri-ciri berikut :

 

  1. Mempunyai didikan agama
  2. Pergaulan yang penuh adab sopan
  3. Merahsiakan masalah rumah tangga
  4. keperluan hidup yang sempurna
  5. Sabar dan betolak ansur
  6. Mendoakan kebaikan dan kebahagiaan keluarga
  7. Mengambil berat masalah keluarga
  8. Bersederhana
  9. Bertaqwa
  10. Kemantapan ilmu dan akal
  11. Keluarga yang berakhlak mulia
  12. Sentiasa bersyukur
  13. Bersifat qana’ah (merasa cukup dengan apa yang dimiliki)

 

7.5 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DALAM MASYARAKAT MAJMUK 

 

  1. Mewujud dan membangunkan individu yang demokratik dan matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
  2. Mewujudkan individu yang sepenuhnya bermoral dan beretika, warga negaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.
  3. Mewujudkan individu liberal dan bertolak ansur, yang mana rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
  4. Mewujudkan individu saintifik dan progresif, individu yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan
  5. Mewujudkan individu yang penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang melihat kepada kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
  6. Memastikan individu yang adil dalam segala bidang. Ini adalah individu yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang wujud peerkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
  7. Mewujudkan individu yang sentiasa memiliki sifat semangat bertanding, semangat berlumba-lumba untuk mencapai kemenangan, kejayaan dan kecemerlangan. Mereka sentiasa berpegang dan mengamalkan prinsip penambahbaikan yang berterusan untuk mengekalkan dan meningkatkan kemakmuran masyarakat
  8. Mewujudkan individu yang memiliki sifat ketekalan, konsisten, cekal dan tabah dalam sebarang tindakan. Budaya ini perlu sebagai persediaan diri dan negara dalam menghadapi sebarang cabaran
  9. Mewujudkan individu yang memiliki pengetahuan, kemahiran, berupaya dalam memilih, menapis dan membezakan unsur-unsur yang boleh membawa kejayaan kepada masyarakat dengan penuh kejujuran, keikhlasan dan tanggungjawab.
  10. Setiap individu perlu sentiasa mengamalkan dan memantapkan sifat-sifat dan sikap penyayang terhadap diri sendiri, orang lain, persekitaran dan masyarakat sejagat.
  11. Setiap individu perlu bertanggungjawab mempertahan dan meningkatkan nama negara pada bila-bila masa dan di mana sahaja dan juga tidak membuat sesuatu yang memalukan masyarakat
  12. Setiap individu perlu menjauhi diri dari perbuatan mungkar seperti menganggu ketenteraman awam, menimbulkan huru hara dan mengancam keselamatan masyarakat dan negara.
  13. Setiap individu perlu sentiasa menyedari dan menghayati kepentingan perpaduan, semangat perkongsian, kefahaman dan kepekaan terhadap budaya pelbagai kaum.
  14. Setiap individu perlu sentiasa akur dan patuh serta menghormati peraturan dan undang-undang berlandaskan agama, prinsip hidup, norma masyarakat, etika profesion, peraturan yang telah ditetapkan supaya dapat mengawal diri, pemikiran dan perlakuan.
  15. Setiap individu perlu sentiasa mengamalkan budaya hidup sihat dari segi kebersihan diri, kebersihan persekitaran, sihat fizikal dan mental, kecergasan fizikal dan kecerdasan mental serta menghindari diri daripada gejala negatif.

 

 

 



AKTIVITI 7B

 

 

 

 

 

Oi.. soalan di bawah ni susah le

Tak ada lah, semua tu dalam kepala lutut aku saja !

 

1.  Keluarga bahagia ialah sebuah keluarga yang sentiasa mengamalkan ciri-ciri yang baik untuk kebahagiaan keluarganya.

Sebutkan 5 ciri-ciri keluarga bahagia.

 

 

2.   Peranan individu di dalam memajukan sesebuah masyarakat adalah sangat penting.

Terangkan 5 tugas dan tanggungjawab individu di dalam masyarakat majmuk.

 

 

3.  Budaya barat dan budaya timur adalah merupakan dua jenis budaya yang banyak perbezaannya, namun demikian masing-masing mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Bezakan antara budaya barat dan timur dari perspektif ekonomi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

           MAKLUMBALAS 7B

 

 

1. Ciri-ciri keluarga bahagia :

  1. Mempunyai didikan agama
  2. Pergaulan yang penuh adab sopan
  3. Merahsiakan masalah rumah tangga
  4. keperluan hidup yang sempurna
  5. Sabar dan betolak ansur

 

2. Tugas individu dalam masyarakat majmuk :

  1. Mewujudkan individu yang sepenuhnya bermoral dan beretika, warga negaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.
  2. Mewujudkan individu liberal dan bertolak ansur, yang mana rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
  3. Mewujudkan individu saintifik dan progresif, individu yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan
  4. Mewujudkan individu yang penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang melihat kepada kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang perseorangan tetapi disekeliling sistem keluarga yang kukuh.
  5. Memastikan individu yang adil dalam segala bidang. Ini adalah individu yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang wujud peerkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

 

 

 

 

3.  Perbezaan dari perspektif ekonomi :

  1. Kebanyakan negeri-negeri kuasa besar mempunyai kuasa ekonomi yang kukuh. Mereka juga mempunyai pakar dalam pelbagai bidang ekonomi. Mereka memonopoli dan menguasai industri-industri dan mengeksploitasi bahan-bahan mentah didunia. Mereka membeli bahan-bahan mentah dengan harga yang rendah dan menjual pula hasil pengeluaran industri mereka dengan harga yang sangat mahal.
  2. Dari segi sejarahnya mereka mengaut hasil-hasil peribumi dan membawanya ke negara mereka dan mereka menjadi kaya seterusnya menjadi kuasa ekonomi dunia.
  3. Negara maju seperti Amerika Syarikat telah mengenakan dan menekan negara Jepun supaya menggunakan lebih banyak komponen kereta Amerika dalam pengeluaran kereta Jepun jika Jepun mahu mengeksport keretanya ke Amerika Syarikat. Kalau tidak Amerika akan mengenakan tarif yang lebih tinggi terhadap ekspot kereta ke Amerika bagi mengimbangi perdagangan Amerika dengan Jepun yang sangat menguntungkan Jepun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



                                                        PENILAIAN KENDIRI

 

 

 

 

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

 

 

 

 

 

 

 

Adat ini dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Mereka terlalu mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkahlaku si gadis. Biasanya masyarakat ini lebih gemar mengadakan perbincangan di restoran dengan disertai oleh saudara lain. Skop perbincangan adalah berkisarkan tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.

 

1.

 

 

 

 

 

Berpandukan kenyataan di atas, adat merisik ini adalah daripada masyarakat ...

 

  1. Cina
  2. India
  3. Melayu
  4. Bumiputera

 

 

Dilakukan dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih. Jenazah lelaki dibalut dengan 3 lapisan kain manakala jenazah perempuan dibalut dengan 5 lapisan kain berserta telekung. Ketika ini ahli keluarga terdekat dan muhramnya boleh membuat penghormatan terakhir dengan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis kepada tubuh mayat.

 

2.

 

 

 

 

Kenyataan di atas adalah berkaitan dengan adat resam masyarakat ...

  1. Cina
  2. India
  3. Melayu
  4. Bumiputera

 

 

3. Masyarakat barat dan timur senantiasa mempunyai perbezaan di dalam pelbagai aspek termasuklah aspek politik.

Cuba anda bezakan tentang kedua-dua masyarakat ini dari sudut campur tangan di dalam negara-negara kecil.

 

 

 

Selesai sudah anda dengan soalan di atas. Tapi jawapan tak tahu lagi. mari, mari .. tengok jawapan lak !

 

 

 

 

 



MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

 

 

 

 

1. A. Cina

 

 

2. C. Melayu

 

3. Campur tangan dalam negara-negara kecil :

 

Kuasa-kuasa besar barat cenderung untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran  negara-negara kecil. Pemimpin-pemimpin negara kecil dipaksa mengikut rentak  dan tunduk kepada kemahuan mereka berkaitan soal-soal dasar negara, ekonomi mahupun sosial.

Mana-mana pemimpin yang tidak mahu tunduk, mereka akan menggunakan secara halus atau kasar menekan mana-mana negara supaya tunduk kepada mereka, mereka akan gunakan Pertubuhan bangsa –bangsa bersatu (PBB) samada mengenakan sekatan ekonomi sebagaimana yang telah dikenakan keatas negara Iraq dan seterusnya serangan ketenteraan walaupun tidak mendapat restu daripada PBB.

 

 

 

Unit 7-1


No comments:

Post a Comment