Pages

5.9.09

UNIT8

TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DAN MASYARAKAT                            A 1002 / Unit8/ halaman 10

UNIT 8


TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DAN MASYARAKAT

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

OBJEKTIF AM

Memahami tanggung jawab individu dan masyarakat terhadap hak individu, kepentingan masyarakat, kemudahan awam dan kedaulatan negara, bangsa dan agama.

 

 

 

8

Unit

 

 

 

 

 

OBJEKTIF KHUSUS

 

Di akhir unit ini anda dapat :

 

  • menerangkan hak-hak individu di dalam masyarakat
  • menjelaskan kepentingan masyarakat terhadap negara
  • menyatakan kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan
  • menghuraikan kedaulatan negara, bangsa dan agama.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



INPUT

 

 

 

 

 

 

 

    1. HAK INDIVIDU

 

Setiap individu mempunyai hak-haknya di dalam masyarakat. Di antara hak-hak individu ialah :

  1. Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagi pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara.

 

  1. Kebersihan fizikal dan mental

Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang sihat dan positif dalam setiap perlakuan

 

  1. Harga diri

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan

 

  1. Kerajinan

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Hemah tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

 

  1. Kasih sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

 

  1. Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

 

  1. Kejujuran

Kewajipan bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan

 

  1. Baik hati

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas

 

  1. Berterima kasih

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

8.2 KEMUDAHAN AWAM    

 

Kemudahan awam membawa maksud  kemudahan-kemudahan  yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat seperti jalanraya, klinik, hospital, balairaya, telefon, tandas awam, kenderaan awam, kemudahan eletrik, sekolah dan pusat pengajian tinggi, masjid, surau dan lain-lain.

 

 

Tujuan kerajaan menyediakan kemudahan awam adalah untuk:

 

1.   Memberi keselesaan  dalam kehidupan mereka seperti penyediaan tandas awam, jalan raya, balai raya dan sebagainya.

 

2.  Memberikan pilihan kepada rakyat untuk menggunakan mana-mana pilihan terbaik untuknya.

 

3.  Mempertingkatkan mutu kesihatan rakyat dengan membina klinik dan hospital di samping melatih juru rawat, doktor, pegawai kesihatan dan kakitangan perubatan.

 

4. Mempertingkatkan atau menaiktarafkan jalan raya untuk memudahkan rakyat membawa hasil–hasil pengeluaran samada untuk dihantar ke pasaran atau ke pelabuhan.

 

5. Memberi ilmu pengetahuan, pendidikan, latihan dan pekerjaan dengan membina sekolah-sekolah, pusat-pusat latihan dan pusat pengajian tinggi.

 

6.  Menyediakan tempat-tempat ibadat supaya rakyat dapat menjalankan urusan agama dengan  baik.

 

7.  Membekalkan tenaga eletrik bagi mempertingkatkan penggunaan peralatan-peralatan modern dalam kehidupan seharian seperti televisyen, komputar dan semua peralatan –peralatan yang menggunakan tenaga eletrik.

 

Tanggungjawab individu dan masyarakat terhadap kemudahan –kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan ialah :

 

1.  menjaga semua kemudahan awam dengan baik.

 

2.  menggunakan kemudahan awam untuk kepentingan bersama.

 

3.  melaporkan kepada pihak tertentu sekiranya kemudahan itu rosak.

 

4.  menggunakan kemudahan untuk mepertingkatkan ilmu dan kemahiran diri.

 

5.  menggunakan kemudahan yang disediakan untuk mempertingkatkan hasil pengeluaran.

 

6.  menggunakan  kemudahan sebagai landasan kepada penggunaan teknologi moden.

 

7. menggunakan kemudahan yang disediakan untuk membawa hasil pertanian dan lainnya ke pasaran samada dalam mahupun luar negara.

 

8.  menggunakan kemudahan yang ada untuk mendapatkan maklumat –maklumat tertentu bagi mempertingkatkan mutu pengeluaran dan daya saing yang sihat.

 

9. memastikan semua kemudahan awam tidak disalahgunakan bagi kepentingan pihak-pihak tertentu.

 

10. memasti dan melaporkan kepada pihak-pihak bertanggungjawap apabila ada individu atau pihak-pihak tertentu yang melakukan kerosakan,kecurian dan mensabotajkan kemudahan awam.  

 

 

8.3  KEDAULATAN NEGARA, BANGSA DAN AGAMA

 

Mendaulatkan negara, bangsa dan agama menjadi tanggung jawab utama kepada setiap insan. Oleh itu beberapa ciri perlu ada kepada diri setiap insan iaitu :

 

  1. Percaya kepada Tuhan.

 

  1. Hormat dan setia kepada pemimpin, raja dan negara.

Hormat dan kepatuhan yang berkekalan kepada pemimpin dan raja serta taat setia kepada negara

 

  1. Patuh kepada peraturan dan undang-undang.

Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hidup

 

  1. Cinta kepada negara.

Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan sendiri

 

  1. Keamanan dan keharmonian.

Kedamaian dan perpaduan yang berkekalan dan berterusan di kalangan rakyat Malaysia serta masyarakat global

 

 

 



AKTIVITI 8A

 

 

 

  1. Setiap manusia mempunyai hak-hak tertentu di dalam masyarakat. Sebutkan 5 hak-hak individu di dalam masyarakat di Malaysia.

 

  1. Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat jelata. Senaraikan 4 faktor kerajaan menyediakan kemudahan awam kepada rakyat.

 

  1. Di antara tanggungjawab rakyat terhadap negara ialah ialah mendaulatkan negara, bangsa dan agama. Dengan itu setiap rakyat perlu tahu rukun negara untuk menunjukkan taat setianya kepada negara.

Sebutkan 5 rukun negara.

 

 

 

 

 

 

 



 

           MAKLUMBALAS 8A

 

 

1. Hak-hak individu di dalam masyarakat :

  1. Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagi pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara.

 

  1. Kebersihan fizikal dan mental

Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang sihat dan positif dalam setiap perlakuan

 

  1. Harga diri

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan

 

  1. Kerajinan

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

 

  1. Hemah tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

 

  1. Faktor penyediaan kemudahan awam kepada rakyat :

 

  1. Memberi keselesaan   dalam kehidupan mereka seperti penyediaan tandas awam, jalanraya, balairaya dan sebagainya.
  2. Memberikan pilihan kepada rakyat untuk menggunakan mana-mana pilihan terbaik untuknya.
  3. Mempertingkatkan mutu kesihatan rakyat denganmembina klinik dan hospital disamping melatih juru rawat, doktor,pegawai kesihatan dan kakitangan perubatan.
  4. Mempertingkatkan atau menaiktarafkan jalan raya untuk memudahkan rakyat membawa hasil –hasil pengeluaran samada untuk dihantar ke pasaran atau ke pelabuhan.
  5. Memberi ilmu pengetahuan ,pendidikan ,latihan dan pekerjaan dengan membina sekolah sekolah,pusat-pusat latihan dan pusat pengajian tinggi.

 

 

  1. Rukun negara

 

  1. Kepercaya kepada tuhan
  2. Kesetiaan kepada raja dan negara
  3. Keluhuran perlembagaan
  4. Kedaulatan undang-undang
  5. Kesopanan dan kesusilaan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



                                                        PENILAIAN KENDIRI

 

 

 

 

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

 

 

 

 

 

1.  Kemudahan awam ialah peralatan-peralatan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk memberi kemudahan dan keselesaan rakyat menggunakannya seperti telefon, tandas awam, elektirk dan sebagainya. Dengan itu, menjadi satu tanggung jawab kepada rakyat untuk menjaga segala kemudahan yang telah disediakan ini.

Berikan pendapat anda bagaimanakah cara untuk memelihara segala kemudahan itu.

 

2.   Cinta kepada negara merupakan satu keperluan yang sangat dituntut bukan sahaja oleh manusia malahan juga daripada agama sendiri.

Cuba anda terangkan apakah cara untuk menunjukkan cinta kepada negara.

 

3.   Di antara hak-hak individu di dalam masyarakat ialah bersederhana.

Jelaskan apakah itu bersederhana

 

 

 

 



MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

 

 

 

1. Cara untuk memelihara kemudahan awam :

  1. 1.Menjaga semua kemudahan awam dengan baik.
  2. 2.Menggunakan kemudahan awam untuk kepentingan bersama.
  3. 3.Melaporkan kepada pihak tertentu sekiranya kemudahan itu rosak.
  4. 4.Menggunakan kemudahan untuk mepertingkatkan ilmu dan kemahiran diri.
  5. 5.Menggunakan kemudahan yang disediakan untuk mempertingkatkan hasil pengeluaran.
  6. 6.Menggunakan  kemudahan sebagai landasan kepada penggunaan teknologi moden.
  7. 7.Menggunakan kemudahan yang disediakan untuk membawa hasil pertanian dan lainnya ke pasaran samada dalam mahupun luar negara.

 

2. Cinta kepada negara ialah dengan menunjukkan perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan sendiri.

 

3. Bersederhana ialah bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

 

Anda betul-betul hebat..TAHNIAH  Jom, jom kita pergi ke unit baru

lak !

Unit 8-10


No comments:

Post a Comment